Ketua Polis Johor: Jadikan wira negara terkorban pembakar semangat

23 Feb 2024 • 8:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MUAR: Wira negara yang terkorban ketika berkhidmat termasuklah 25 petugas keselamatan dalam tragedi di Bukit Kepong di sini perlu dijadikan pembakar semangat kepada pegawai dan anggota polis generasi baharu.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pengorbanan wira negara itu juga harus dijadikan pembakar semangat bagi rakyat negara ini dalam mempertahankan tanah air daripada pengkhianat.

“Insiden itu tidak boleh dijadikan sebagai ratapan kesedihan, sebaliknya menjadi satu perjuangan syahid yang sentiasa dicemburui.

“Peristiwa pada 23 Feb 1950 itu juga mencerminkan pengorbanan masyarakat setempat dalam bersama menjaga kedaulatan negara,“ katanya ketika berucap pada Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong Sempena Sambutan Hari Polis Ke-217 di Galeri Darurat Bukit Kepong di sini hari ini.

Pada majlis itu, sumbangan penghargaan turut disampaikan kepada waris-waris 11 pejuang negara yang terkorban semasa serangan di Bukit Kepong.

Untuk rekod, pada pukul 5 pagi, 23 Feb 1950, seramai 180 komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 orang termasuk 14 anggota polis, empat pegawal kampung dan tiga polis bantuan. -Bernama