Ketua Polis Johor nafi bersara

LocalPolitics
9 Nov 2024 • 10:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar tular mendakwa Ketua Polis Johor bersara. Foto IPK Johor. Gambar kecil: M Kumar

JOHOR BAHRU - Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar menafikan akan bersara seperti yang ditularkan menerusi video di media sosial.

Menurut Kumar, kandungan video terbabit tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Jelas beliau, tanggungjawab sebagai Ketua Polis Johor masih digalas bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam negeri itu.

"Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan tidak bertanggungjawab, yang boleh menimbulkan kekeliruan.

"Sebarang maklumat rasmi berkaitan perubahan dalam kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan melalui saluran rasmi PDRM sahaja.

Polis Johor memandang serius penyebaran berita palsu ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut undang-undang yang berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan pada malam Jumaat.

Sebelum itu, video tular terbabit memaparkan Kumar menghadiri Majlis Meraikan Pesara dan bakal Pesara Kontinjen Johor 2024 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.