Ketua Polis KL dilantik Pengarah Pengurusan baharu Bukit Aman

14 Mar 2023 • 7:05 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim (gambar) dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman yang baharu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu akan berkuat kuasa 17 April ini.

Jawatan berkenaan sebelum ini disandang Datuk Seri Zaini Jass yang bersara wajib pada Khamis lepas (9 Mac).

Terdahulu, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Datuk Nerita Yaacob telah dilantik sebagai pemangku Pengarah Pengurusan Bukit Aman. -Bernama