Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard

23 Jan 2024 • 9:57 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid (gambar) mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan dakwaan oleh Chegu Bard bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Beliau berkata kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Allaudeen berkata demikian kepada Bernama mengenai laporan polis yang dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Travers semalam terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin.

Kenyataan Chegu Bard didakwa dibuat dalam sebuah video berdurasi 52 saat yang disiarkan menerusi aplikasi TikTok bernama “Alias Official.”

Laporan itu seterusnya menafikan dakwaan Chegu Bard dan menyifatkan ia sebagai kenyataan tidak tepat serta meminta pihak polis mengambil tindakan lanjut. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved