Ketua Polis Negara Mohd Khalid tak pernah jadi ahli PKR – Fuziah

LocalPolitics
21 Jun 2025 • 2:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan Ketua Polis Negara ke-15, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail pernah menjadi ahli atau memegang sebarang jawatan dalam parti seperti yang didakwa dalam satu hantaran media sosial milik sebuah akhbar tempatan semalam.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh yang menegaskan maklumat tidak tepat seperti itu bukan sahaja boleh menjejaskan imej Ketua Polis Negara, malah menimbulkan persepsi tidak sihat terhadap parti.

Katanya, adalah penting untuk memastikan fakta yang dikongsi kepada umum tidak mengelirukan, apatah lagi apabila membabitkan tokoh penting institusi keselamatan negara.

“PKR kesal atas kesilapan maklumat profil Ketua Polis Negara ke-15, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dalam media sosial itu yang memaparkan beliau pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR serta pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available

Foto Tular Media Sosial

Ketua Polis Negara Mohd Khalid tak pernah jadi ahli PKR

Fuziah turut menyenaraikan individu yang pernah memegang jawatan Pengerusi MPN Kedah bagi menolak dakwaan tersebut. Jawatan berkenaan pernah disandang oleh Tan Sri Johari Abdul pada tahun 1999, 2000, 2005, 2013 dan 2018.

Nama lain yang turut pernah menjawat posisi sama ialah Datuk Sheikh Azmi Ahmad pada tahun 1999, Akashah Ismail pada 2004, Datuk Zamri Yusuf pada 2007, Datuk Ahmad Kasim pada 2008, Datuk Wan Salleh Wan Isa pada 2010, Dr Azman Ismail pada 2014, Nurul Izzah Anwar pada 2022 dan Nurin Aina Abdullah sejak 2023.

Katanya, Mohd Khalid tidak pernah berada dalam senarai tersebut sejak penubuhan PKR hingga kini.

image is not available

image is not available

Beliau berkata, PKR berpandangan kesilapan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan menggesa pihak akhbar terbabit untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca maklumat salah itu disiarkan.

Tambahnya, dakwaan seperti itu juga boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan rakyat yang mungkin menyangka pelantikan Ketua Polis Negara dilakukan atas dasar politik, sedangkan ia adalah keputusan pentadbiran tertinggi negara.

Mohd Khalid, 60, mula memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa semalam bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara wajib.

image is not available

Beliau sebelum ini berkhidmat dalam pelbagai posisi strategik di bawah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018 dan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 September 2021.

Sumber: BERNAMA