Ketua Polis Selangor Sahkan Identiti Wanita Jepun Terjatuh Isteri Pempengaruh, Ridzokumura

LocalEntertainment
4 Mar 2025 • 4:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ridzokumura

Terkini! Polis mengesahkan identiti wanita warga Jepun yang ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di SS16.

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, mangsa merupakan isteri kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

image is not available

Menurut Datuk Hussien, siasatan kes setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Pihak polis juga telah memanggil suami mangsa untuk proses keterangan.

Bila kita siasat bawah mati mengejut, kita akan lihat semua perkara. Kita akan tetap lihat sebarang unsur jenayah sama ada tindakan mangsa atau sebagainya. Kalau ada kesan unsur jenayah baru kita klasifikasikan semula bawah kesalahan jenayah. Apabila siasat bawah mati megejut tidak bermakna kita ketepikan unsur jenayah

Mohon netizen tak buat spekulasi negatif

image is not available

Beliau menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan. Malah, pihak polis juga telah dimaklumkan kepada pihak kedutaan Jepun serta keluarga mangsa di sana.

Isteri kepada pempengaruh dan usahawan, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzokumura, telah menetap di Malaysia selama 14 tahun.

Pemergian Akiko mendapat perhatian disebabkan sifat keibuan, kasih sayang dan ketaatan yang ditunjukkan kepada keluarganya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Buletin TV3


The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved