Ketua Saintis OpenAI, Ilya Sutskever Meninggalkan Syarikat

TechnologyDigital
16 May 2024 • 8:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ilya Sutskever, ketua saintis dan juga pengasas bersama OpenAI mengumumkan beliau akan meninggalkan syarikat AI ini semalam. Pengumuman dilakukan sehari selepas OpenAI melancarkan ChatGPT 4o – Omni yang lebih cerdas dengan kemampuan multi mod.

Pengumuman meninggalkan syarikat dilakukan oleh Sutskever menerusi laman X beliau. Beliau menamatkan kerjaya selama sedekad di OpenA yang melihat ia bermula sebagai AI yang menentang manusia di dalam permainan video sebelum menjadi chabot pintar dan kini pembantu maya pintar dengan kemampuan yang selama ini dianggap sebagai fiksyen sains.

Semasa di OpenAI, beliau terlibat dalam menyebabkan Sam Altman dipecat oleh barisan lembaga pengarah sebelum mengubah pendirian dan ingin Altman kembali menjadi CEO. Selepas Altman kembali, beliau dipecat daripada lembaga pengarah.

Sutskever berkata beliau mempunyai perancangan masa depan baharu tetapi belum bersedia untuk mengumumkannya lagi. Terdapat spekulasi beliau akan berpindah ke syarikat besar lain yang kini amat memerlukan kepakaran untuk membina model AI mereka sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved