Ketua Setiausaha KPM Diarah Buat Laporan SPRM Berkait Isu Penyelewengan - Radzi

17 Oct 2022 • 9:52 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr Radzi Jidin - Gambar Syeda Imran

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Yusran Shah Mohd Yusof diarah membuat laporan segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung dakwaan berlaku penyelewengan di kementerian itu.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook malam ini berkata arahan itu dibuat, berikutan hantaran video dibuat individu dikenali Zaharin Yassin, yang mendakwa menerima aduan penyelewengan berkaitan Surat Setuju Terima (SST) untuk kontrak bekalan makanan bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan.

“Memandangkan nama saya dan Ketua Setiausaha KPM turut disentuh, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha KPM untuk membuat laporan segera kepada SPRM, supaya siasatan terhadap dakwaan tersebut dilaksanakan secepat mungkin.

“Saya juga berharap saudara Zaharin dapat menyampaikan maklumat yang diterima beliau kepada SPRM,” menurut hantaran itu.

Radzi turut memuat naik video berdurasi 2.45 minit oleh Zaharin berkaitan dakwaan tersebut di hantaran sama. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved