Ketua Staf Markas ATM Dilantik Panglima Tentera Darat Ke-31

LocalPolitics
31 Dec 2025 • 3:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa esok.

Pelantikan itu diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi satu kenyataan rasmi.

Panglima Tentera Darat Ke-31

image is not available

Foto: IG Khaled Nordin

Leftenan Jeneral Datuk Azhan Panglima Tentera Darat Ke-31 berkuat kuasa esok

Memetik laporan daripada Bernama, beliau menyatakan pelantikan Azhan yang kini menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibuat selaras keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke-631 pada 19 November 2025 dan turut diperkenankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember 2025.


“Pelantikan ini diyakini mampu memperkukuh kepimpinan Tentera Darat Malaysia serta meningkatkan keupayaan operasi Angkatan Tentera Malaysia dalam memenuhi tuntutan pertahanan negara kini dan masa hadapan,” menurutnya.
image is not available

FB: Khaled Nordin

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled memaklumkan pelaksanaan keputusan MAT ke-631 membabitkan pelantikan Jeneral Tan Sri Datuk Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan.

Ujar beliau, Muhammad Hafizuddeain telah diarahkan bercuti bagi membolehkan siasatan pihak berkuasa dijalankan terhadap dakwaan yang dilaporkan melibatkan beliau.

“Pemangkuan tugas Panglima Angkatan Tentera akan dilaksanakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr) Zulhelmy Ithnain, selaras pengumuman yang dibuat pada 27 Disember lalu,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Pegawai Kanan Tentera Darat Berada Di ICU, SPRM Geledah Pejabat & Kediaman Rasmi

Tegas Mohamed Khaled, segala langkah yang diambil bertujuan menjunjung kedaulatan undang-undang serta memelihara integriti ATM.

Sumber: Bernama

The post Ketua Staf Markas ATM Dilantik Panglima Tentera Darat Ke-31 appeared first on Borak Daily.