
Kota Kinabalu: Ketua Umno Tawau, Ghazalie Ansing, berjaya dalam saman sivilnya untuk menuntut ganti rugi libel terhadap bekas isterinya dan seorang lagi defendan berhubung satu kes fitnah dua tahun lalu.
Menerusi penghakiman di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada 20 Disember lalu, Ghazalie turut berjaya menuntut ganti rugi kerosakan teruk dan ganti rugi tauladan daripada kedua-dua defendan, menurut kenyataan media.
AdvertisementNilai ketiga-tiga ganti rugi itu bagaimanapun masih menunggu penilaian mahkamah.
Ghazalie, 42, selaku plaintif membuat tuntutan ganti rugi itu ke atas bekas isterinya, Joanna @ Karmila Kamin @ Jemirah, 45, selaku defendan pertama dan Farihanna Abdul Rahman, 37, selaku defendan kedua melalui satu saman fitnah yang difailkan pada 1 Jun 2023.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kes sivil itu berkaitan penyebaran video memaparkan kenyataan kedua-dua defendan yang didakwa memfitnah Ghazalie bertindak kasar terhadap bekas isterinya, selain tuduhan merogol pembantu isterinya.


