Ketuhar Stim Acerpure CHEF KV1 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM599

LocalFood
9 Mar 2026 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer Malaysia telah melancarkan Acerpure CHEF KV1, ketuhar stim pintar 10L yang kompak di Malaysia hari ini. Ia menggabungkan sistem suntikan stim dan ketuhar untuk memastikan makanan rangup di luar dan lembap di dalam, mengelakkan masalah “kekeringan”.

image is not available

Ketuhar mempunyai kapasiti 10L dengan suhu boleh laras dari 100°C hingga 230°C. Pengguna boleh memilih 9 mod memasak pintar untuk pelbagai hidangan seperti pizza, biskut, roti dan kepak ayam bakar. Mod Caramelize pula membolehkan permukaan perang keemasan pada makanan yang dimasak. Kesemuanya dikawal menggunakan panel sesentuh di bahagian hadapan pintu ketuhar dengan port simpanan air di bahagian atas.

Acerpure CHEF KV1 dijual pada harga RM799 menerusi Acer eStore dan kedai Acerpure di Shopee serta Lazada. Pembelian sebelum 22 Mac2026 akan menerima harga promosi RM599, kredit RM50 Touch ’n Go eWallet dan kipas mini Acerpure COZY HF1 boleh lipat bernilai RM199.

View Original Article