Ketupat cantik daun kelapa raih 1,200 share, wanita tak lokek resipi, kongsi cara balut

Cooking
26 Apr 2023 • 5:04 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Ketupat cantik daun kelapa raih 1,200 share, wanita tak lokek kongsi resipi, cara balut

TAK sah raya jika tak ada ketupat. Memang nikmat makan ketupat dengan daging dendeng atau rendang. Rasa lemak pulut bergabung dengan rempah ratus, memang padu!

Selalu kita jumpa ketupat akan dibalut dengan daun palas, kelapa dan pisang, kini banyak yang sudah melakukan inovasi membalut ketupat pulut dengan daun pandan.

Unik sekali bentuk ketupat daun kelapa yang dikongsikan pengguna Facebook Sekin Orkid ini.

image is not available
Kredit foto: Facebook Sekin Orkid

Dinamakan sebagai ketupat pusar atau ketupat cantik, perkongsiannya meraih 8,500 tanda suka dan 1,200 perkongsian.

image is not available
Kredit foto: Facebook Sekin Orkid

KETUPAT CANTIK

Bahan-bahan
1 kg beras pulut susu
4 biji kelapa parut atau 1 kg santan* (lemaknya ikut citarasa masing-masing)
Sedikit garam*
Sedikit gula *
Daun pandan (opsyenal)*
Daun kelapa secukupnya

Cara penyediaan
1- Anda terlebih dahulu perlu membuat kelongsong ketupat menggunakan cara seperti dibawah:

2-Isi beras pulut jangan penuh, cukuplah hanya separuh kelongsong.

 

3-Menurut Sekin, resipi tersebut boleh menghasilkan 49 hingga 50 biji ketupat bergantung kepada saiz kelongsong.

image is not available
Kredit foto: Facebook Sekin Orkid

4-Katannya jika mahu ketupat sedap, santan untuk merebusnya tidak boleh cair atau ceroi. Anda perlu merebusnya hingga santan keluar minyak atau hampir kering.

image is not available
Proses merebus ketupat cantik. (Kredit foto: Facebook Sekin Orkid)

5-Anda boleh jadikan ia stok sejuk beku (frozen) dan boleh dicairkan serta dikukus sebelum dimakan.

“Kepada yang sudah berjaya tahniah dan kepada yang ingin mencuba, semoga anda berjaya. Ilmu yang tak seberapa ini saya halalkan dunia akhirat semoga bermanfaat buat semua,” kongsinya.

Comel kan? Selamat mencuba!

Sumber: Sekin Orkid, 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.