“Keturunanmu Juga Akan Merasa Kifarah” – Wanita Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Da’i Syed Bersumpah Di TikTok

23 Aug 2023 • 3:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang individu baru-baru ini ada memuat naik video meluahkan rasa kesal gara-gara menghidap masalah kemurungan melampau setelah menjadi mangsa gangguan seksual daripada pendakwah selebriti, Da’i Syed.

Dalam hantaran itu, wanita itu memuat naik keratan kenyataan daripada ACP Baharudin Mat Taib iaitu Ketua Polis Daerah Shah Alam mengenai keadaan mangsa akibat daripada perbuatan menjijikkan itu.

Semasa di kediaman tersebut, mangsa telah dirogol suspek. Pihak hospital juga mengatakan wanita berkenaan mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat insiden tersebut.

Menerusi kapsyen pula, individu itu menulis bahawa keturunan pendakwah selebriti itu akan merasa kifarah di atas perbuatannya dan akan sentiasa berdoa agar Da’i Syed sentiasa dalam kecelakaan sehingga tampil memohon maaf.

image is not available

Sumber : TikTok  

Sudah di syurga anakmu wahai si pelaku? Jangan kau sangka anakmu akan menarik tanganmu ke syurga kerana kau masih punya hutang denganku untuk aku tuntut di depan Allah Taala.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ada netizen bertanyakan mengenai mengapa Da’i Syed dilaporkan tidak bersalah dan individu itu dilihat tampil memberikan respon.

“Dia bebas tuduhan sebab tak cukup bukti nak tuduh dia. Case closed. Tapi media buat kenyataan yang dia tak bersalah sedangkan tak cukup bukti bukan tak bersalah.” tulis individu itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Kita Je Yang Lalai.." - Tular Video Abang Tesla Belikan Cincin Untuk 'Girlfriend', Foto Isteri Kedua Turut Kelihatan