Keunikan Ikan Lumi, ‘Alien’ Dari Laut Dengan Rasa 5 Bintang

20 Aug 2023 • 12:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dari laut ke meja makan, ketahui ikan ‘lumek’

Keunikan Ikan Lumi, ‘Alien’ Dari Laut Dengan Rasa 5 Bintang. Pernah tak anda mendengar nama ikan lumi atau nama saintifiknya Harpadon Nehereus?

Ikan Harpodon Nehereus, juga dikenali sebagai ikan layar atau lumi, adalah sejenis ikan yang hidup di perairan masin.

image is not available
Keunikan Ikan Lumi, ‘Alien’ Dari Laut Dengan Rasa 5 Bintang. Kredit: Google

Di Sarawak, ikan ini lebih dikenali sebagai ikan lumek oleh penduduk tempatan.

Buat yang pertama kali melihat ikan ini pasti seriau melihat bentuknya yang unik sehingga dikatakan persis alien!

Zaman dahulu, ikan lumek ini dikatakan tiada nilai pasaran kerana fizikalnya dianggap pelik dengan gigi panjang dan tajam serta rahang yang besar.

image is not available

Tetapi ikan ini mempunyai isi yang lembut dengan rasa yang manis.

Kebiasaanya, ikan lumek ini sering dijadikan hidangan seperti digoreng atau dibuat sup sahaja.

image is not available

Namun, kini ramai usahawan tempatan mula menginovasi ikan lumek ini dan dijadikan sebagai ikan kering, salai dan juga snek lumek merah yang mendapat permintaan tinggi di pasaran!

Menariknya, ikan ini dikatakan bermusim dan tidak mudah didapati di pasaran pada hari-hari biasa.

Menurut warga tempatan, sekiranya musim ikan lumek melanda, harganya boleh mencecah sehingga RM 5 sekilo sahaja!

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article