KEUNIKAN veil atau layah sepanjang 15 kaki yang diapungkan 18 biji belon menjadi tumpuan ramai pada majlis resepsi penyanyi dangdut, Mas Idayu.
Menerusi video yang dikongsikan laman sosial Instagram @magicaevents, Mas Idayu, 50, kelihatan anggun menggayakan gaun berpotongan mermaid putih manakala suaminya, Sufian Isa memakai sut putih dengan perincian kolar berwarna hitam.
Berarak masuk ke bahagian tengah dewan yang indah dihias bertemakan dongeng dan fantasi, kehadiran mempelai menjadi tumpuan ramai.

Veil penyanyi lagu Cintaku 100% itu dikatakan mengambil masa dua hari untuk diuji bagi memastikan ia berjaya diapungkan dengan 18 biji belon.
Tidak hanya itu, hiasan kepala itu juga muncul sebagai carian popular di laman sosial Facebook.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Nur Dayini Ashiqah, 25, menzahirkan kesyukuran.
“Pada tanggal ini kau telah mengesahkan bahawa aku adalah pilihanmu. Dengan rasa rendah hati aku bersyukur pada-MU ALLAH.
“Kau melafazkan akadmu di hadapan semua, aku adalah isterimu @sufianisapws terima kasih sayangku,” titip beliau.

Setelah 16 tahun bergelar ibu tunggal, Mas Idayu disatukan dengan Sufian yang bertugas Penerbit Eksekutif TV3.
Pasangan berkenaan dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru iaitu Azizi Abd Hamid yang berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan hanya dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Pada majlis akad nikah, Mas Idayu menerima mas kahwin berjumlah RM1001 daripada Sufian beserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Terdahulu, penyanyi yang mesra dengan panggilan Mummy berkongsi majlis perkahwinannya mendapat tajaan mencecah RM7 juta dalam bentuk barang kemas, tajaan lokasi dan busana.
Mas Idayu yang popular sebagai tenaga pengajar dan komentator program realiti TV pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997, namun berpisah pada 2006.
Baca juga: Pernah putus cinta 18 tahun lalu, JLo akhirnya kahwini kekasih lama. “Panggil saya Jennifer Affleck”
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
The post Keunikan veil terapung Mas Idayu jadi tumpuan, sepanjang 15 kaki diterbangkan 18 belon appeared first on Sinar Plus.
