Keunikannya Digemari Ramai, Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo

20 Jul 2022 • 2:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalau jumpa durian durian ini di pasar tamu, jangan lupa cuba!

Keunikannya Digemari Ramai, Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo. Durian hutan pastinya merupakan durian yang istimewa di Sabah dan Sarawak. Walaupun tidak terkenal seperti musang king dan sebagainya, ianya tetap menjadi kegemaran penduduk setempat.

Antara fakta umum yang menarik tentang durian-durian hutan ini adalah durian-durian hutan ini tidak menyebabkan panas badan seperti mana anda makan durian biasa. Jom kenali 5 jenis durian ini!

image is not available
Keunikannya Digemari Ramai, Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo. Sumber gambar: Yearofthedurian.com

1

Durian Pakan

Durian Pakan mempunyai isi yang berwarna jingga dan kulitnya pula berwarna Kuning-Jingga. Dikatakan juga, permukaan kulit durian ini adalah lebih lembut dan durinya pula lebih pendek.

Dari segi rasa pula, ia hampir menyerupai durian Isu, cumanya ia tidak mengeluarkan aroma berbau “gas” dan isinya juga rasa manis.

2

Durian Isi Merah

image is not available
Sumber gambar: Borneodihati.org

Durian Merah atau nama tempatannya di Sabah adalah “Marahang / Maraang”, ianya disebut Durian Merah kerana isinya berwarna merah. Rasa isinya tidaklah sama dengan durian-durian lain iaitu manis tetapi rasa isinya lemak.

Kebiasaannya isi durian merah ini dimakan begitu sahaja atau dimasak bubur bersama nasi atau dibuat tempoyak serta rasanya memang unik, sedap dan lain dari yabg lain.

Buah ini bermusim dan hanya berbuah sekali dalam setahun dan kebiasaan musimnya adalah pada bulan September hingga Oktober.

image is not available
Sumber gambar: Yearofthedurian.com

3

Durian Kura Kura

Durian Kura-kura adalah sejenis durian hutan yang amat sukar dijumpa, dimana ia berbunga dan berbuah di pangkal pokoknya dan dilaporkan hanya terdapat di Kampung Selanyau, Bekenu Sibuti, Miri.

image is not available

Pokok ini adalah berbeza dengan pokok durian yang lain dari segi buahnya tumbuh di perdu (atau bahagian bawah batang pokok). Ia tidak memiliki bau yang kuat. Dikatakan juga isinya berwarna kuning dan rasanya kurang manis berbanding durian durian yang lain.

4

Durian Isu

image is not available
Keunikannya Digemari Ramai, Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo

Durian isu ni mempunyai permukaan kulit yang hampir serupa dengan durian biasa yang kita selalu makan, cuma durinya lebih panjang dan saiznya juga lebih kecil dari biasa. Baunya pun tidaklah sekuat bau durian biasa. Rasanya pula harum dan seakan akan ada ‘gas’.

image is not available
Sumber gambar: Borneodihati.org

Durian Isu mempunyai permukaan kulit yang hampir serupa dengan durian biasa yang pernah anda makan, cuma dari segi durinya ia lebih panjang dan lebih tirus.

Antara 4 jenis durian ini, anda suka yang mana satu? Ha, jangan lupa share durian kegemaran anda!

Jangan terkejut jika ada segelintir daripada masyarakat Melanau Matu Daro yang menolak pelawaan anda untuk makan linut kerana golongan ini sebenarnya masih berpegang pada pantang larang atau ‘paley’ nenek moyang mereka. Baca selanjutnya di bawah: