Keusahawanan belia dipuji

LocalStartup
7 Jan 2025 • 10:36 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Inisiatif dan usaha kumpulan belia Kg Kinapulidan dan Kg Rugading yang berjaya melancarkan Program Ladang Kelapa Sawit dan Trek Kembara Bukit Tontogon mendapat pujian.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir yang juga Adun Paginatan berkata inisiatif itu mampu meningkatkan tahap keusahawanan belia di sini dan perlu menjadi contoh kepada belia dalam semua bidang.

AdvertisementMenurutnya, dengan wujudnya usaha sebegitu, ia secara tidak langsung akan meningkatkan taraf hidup dan daya saing belia di sini untuk lebih maju pada masa hadapan.

Tambahnya, dengan wujudnya Program Ladang Kelapa Sawit dan Trek Kembara Bukit Tontogon, ia juga akan menjadi satu lagi tarikan pelancong ke kawasan ini, selaras dengan status daerah ini sebagai pusat pelancongan utama.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Abidin yang juga Naib Presiden Parti StarSabah berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Borang Keahlian Parti Star yang diadakan di Isra Homestay Kinapulidan pada Sabtu.

Pada majlis itu, beliau menyaksikan penerimaan borang keahlian parti Star baharu oleh 65 orang penduduk Kg. Kinapulidan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Penyertaan lebih 60 ahli baharu oleh penduduk kampung Kg. Kinapulidan adalah manifestasi Parti Star di Paginatan semakin popular berikutan perjuangan konsisten Parti Star dalam memperjuangkan hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 atau lebih dikenali sebagai MA63.

“Terima kasih kerana membuat keputusan yang betul. Penyertaan anda sudah tentu mengukuhkan kedudukan GRS di Paginatan khususnya,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Abidin turut mengucapkan terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi daripada kumpulan Pemegang Adat Mukim Tanah Rata seperti yang disuarakan oleh semua ahli Pemegang Adat dalam mesyuarat Pemegang Adat baru-baru ini.

“Berhubung cadangan membina Pusat Kraf di sini dan juga pembinaan kawasan Kembara Bukit Tontogon, ia akan dikemukakan kepada Lembaga Kraftangan Malaysia dan Kementerian Pelancongan.

“Berhubung penambahbaikan Padang Futsal, ia akan dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan, manakala mengenai bekalan Solar di sini, ia akan dikemukakan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan,” katanya.

Sementara itu, Abidin berkata, rekod pencapaian ketara Kerajaan GRS dalam tempoh 4 tahun lalu amat membanggakan.

“Kita telah melihat prestasi ekonomi yang sentiasa meningkat dengan kutipan hasil tertinggi selama tiga tahun berturut-turut, peningkatan KDNK selama 4 tahun berturut-turut sejak 2021.

“Selama itu, nilai pelaburan asing tertinggi telah terbukti. Kerajaan GRS juga sentiasa konsisten dalam perjuangan menuntut hak Sabah seperti dalam Perjanjian MA63.

“Ini sinonim dengan perjuangan Presiden Parti Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Kita menyokong pengisytiharan Hari Sabah sebagai Hari Kemerdekaan Sabah, pengisytiharan Wilayah Sabah dan kerajaan GRS tetap menuntut 40 peratus hasil itu dikembalikan kepada Sabah.

“Semua ini adalah pencapaian Kerajaan GRS dalam tempoh 4 tahun pemerintahannya. Sudah tentu banyak lagi agenda pembangunan bagi Negeri Sabah yang akan dilaksanakan dengan sokongan padu daripada rakyat,” katanya.

Abidin berharap selepas PRN17, kerajaan GRS akan terus diberi mandat untuk mentadbir Negeri Sabah dengan prestasi kerajaan yang begitu tinggi.

Turut hadir Pengerusi Ko Nelayan Kong Soon Choi, Pemimpin Masyarakat Masyarakat Paginatan Hishamudin Harun, Pegawai Khas kepada Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, KAN Dualis Porodtong, Pengerusi Persatuan Dewan Adat DUN Paginatan dan ketua-ketua masyarakat tempatan.