Kewarganegaraan: Ketua Menteri, MP Sabah bincang pindaan

LocalPolitics
12 Oct 2024 • 10:37 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat pramajlis bersama beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 membabitkan kewarganegaraan.

Jabatan Ketua Menteri dalam kenyataan Jumaat memaklumkan bahawa RUU berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam persidangan Parlimen akan datang.

Hajiji dan Ahli Parlimen Sabah diberi taklimat mengenai perkara itu oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri Mimmi Suriati Mat Khalid di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini.

Ahli Parlimen yang hadir termasuk Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Keningau) merangkap Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Shahelmey Yahya (Putatan) yang juga Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Armizan Ali (Papar) yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Datuk Jonathan Yassin (Ranau), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan), Datuk Matbali Musa (Sipitang), Datuk Lo Su Fui (Tawau) dan Riduan Rubin (Tenom).

Turut hadir Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.