Key Alliance Group bukan lagi pemegang saham utama XOX Bhd selepas jual 5.02 juta saham

LocalBusiness & Finance
3 Jul 2026 • 5:53 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Key Alliance Group bukan lagi pemegang saham utama XOX Bhd selepas jual 5.02 juta saham Image from: Key Alliance Group bukan lagi pemegang saham utama XOX Bhd selepas jual 5.02 juta saham liza03/07/2026 - 17:53 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 Julai – Key Alliance Group Berhad (KAG) bukan lagi pemegang saham utama dalam XOX Bhd selepas melupuskan sebahagian pegangan sahamnya dalam syarikat telekomunikasi tersebut.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KAG menjelaskan pelupusan itu menyebabkan pegangannya  jatuh di bawah ambang 5% yang ditetapkan bagi kategori pemegang saham utama mengikut peraturan Bursa Malaysia.

 

Sebelum pelupusan, KAG memegang sebanyak 11,596,666 saham dalam XOX, bersamaan 6.25% kepentingan ekuiti dalam syarikat berkenaan.

 

Selepas transaksi dimuktamadkan, pegangan KAG dalam XOX susut kepada 6,571,766 saham atau bersamaan 3.54%.

 

Ini bermakna sebanyak 5,024,900 saham XOX telah dilupuskan oleh KAG dalam urus niaga tersebut.

 

Nilai keseluruhan pelupusan saham itu dianggarkan berjumlah kira-kira RM1,004,980 atau sekitar RM1.005 juta berdasarkan harga transaksi yang dimaklumkan dalam pengumuman berkenaan.

 

KAG bagaimanapun tidak menyatakan sebarang sebab atau justifikasi terhadap pelupusan saham tersebut, namun ia dipercayai merupakan sebahagian daripada urus niaga biasa di pasaran terbuka. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved