Keychron dilancar secara rasmi di Malaysia, tawar promosi menarik dengan baucar sehingga RM400

Digital
2 Nov 2023 • 5:50 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Keychron antara syarikat pengeluar papan kekunci terkenal dengan mengkhususkan penghasilan papan kekunci mekanikal serta beberapa aksesori komputer lain. Kini, Keychron telah mengumumkan produknya telah dilancar secara rasmi di Malaysia.

Sempena pelancaran ini, Keychron juga bakal mengadakan promosi menarik 11.11 pada 11 November 2023, yang juga merupakan pembukaan besar-besaran stor rasmi mereka di Lazada. Terdapat lebih 88 produk yang akan ditawarkan termasuklah papan kekunci mekanikal, suis kunci, keycap unik, tetikus, kabel dan juga sarung papan kekunci.

Harga produk Keychron di Malaysia boleh diakses oleh pelanggan Malaysia bermula serendah RM249 sehinggalah RM1299. Menariknya, pelanggan boleh mendapatkan baucar sehingga RM400 untuk nikmati diskaun Lazada Bonus, bersama-sama jualan masa terhad eksklusif untuk produk terpilih semasa kempen 11.11 di Lazada.

Promosi Chup Dulu dan diskaun RM50

Lebih menarik, Keychron Malaysia ada menawarkan promosi Chup Dulu memberikan diskaun pada produk yang terpilih. Caranya adalah pengguna boleh memilih produk dan membayarkan deposit 10% berdasarkan harga diskaun bermula dari 1 hingga 10 November, kemudian membayar baki pada 11 November bermula jam 2 pagi hingga 11:59 malam. Tawaran ini terpakai untuk produk seperti di bawah:

  • Papan kekunci Keychron Q1 Pro – RM1,099 RM949
  • Papan kekunci Keychron C1 Pro – RM349 RM299
  • Papan kekunci Keychron K3 Pro – RM599 RM509

Dalam masa sama, Keychron juga mengadakan promosi dengan menawarkan diskaun RM50 jika pelanggan berbelanja sekurang-kurangnya RM500 untuk mana-mana produk di stor rasmi Keychron. Ia akan berjalan dari 11 November dari jam 12 pagi hingga 2 pagi.

Jika anda berminat untuk dapatkan mana-mana produk Keychron semasa promosi ini, anda bolehlah singgah ke stor rasmi Keychron di Lazada.