Keyfield terima kontrak penyediaan kapal penginapan pekerja daripada Petronas Carigali selama 7 bulan

13/05/2025 - 17:39
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
KUALA LUMPUR 13 Mei - Keyfield International Berhad menerusi Keyfield Offshore Sdn Bhd menerima tempahan kerja bagi penyediaan kapal penginapan pekerja (AWB) bagi aktiviti luar pesisir selama daripada Petronas Carigali Sdn Bhd tujuh bulan dengan lanjutan selama dua bulan.
Kumpulan itu berkata, tempahan itu adalah mengikut peruntukan di bawah kontrak kontraktor panel bagi perkhidmatan kapal sokongan luar pesisir.
"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Keyfield bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
"Ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham kumpulan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Penerimaan dan pelaksanaan kontrak itu adalah tertakluk kepada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan operasi perniagaan yang akan dikurangkan melalui pelbagai prosedur kawalan dalaman.
Tiada pengarah atau pemegang saham utama atau individu berkaitan memiliki kepentingan langsung atau tidak langsung dengan kontrak itu.- DagangNews.com
standard


