“KFC Tak Pernah Masuk Senarai, Kami Tak Pernah Kempen Rakyat Malaysia Boikot Dulu Hingga Sekarang” – Pengerusi BDS Malaysia

Food
27 May 2024 • 10:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak beberapa bulan yang lalu, beberapa jenama rangkaian makanan terkenal telah disenarai hitam oleh rakyat sebagai tanda solidariti untuk saudara di bumi Gaza.

Tak pernah boikot KFC

Susulan itu, ada yang mendakwa bahawa jenama rangkaian makanan fast food terkenal iaitu KFC turut menjadi salah satu jenama yang menyumbang kepada Israel hingga kini.

Menyangkal dakwaan tersebut, Pengerusi Kumpulan Pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) cawangan Malaysia berkata KFC tidak pernah masuk dalam senarai boikot.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BDS Malaysia (@bds_malaysia)

Pelanggan tak beli sebab harga mahal

Pihak mereka juga tidak pernah membuat kempen agar rakyat Malaysia memboikot KFC dari dahulu hingga sekarang ini.

McD pun dulu tak masuk senarai, tetapi terpaksa dimasukkan dalam senarai bila cawangan di Israel memberi makan percuma kepada tentera Zionis Israel.

Dalam pada itu, pengerusi BDS itu meluahkan rasa lega kerana KFC tidak berbuat demikian tetapi berkata pelanggan kebanyakannya enggan membeli makanan disitu kerana harga yang mahal.

image is not available 3 days ago

Rakyat Malaysia Boikot Starbucks Secara Berterusan, BFood Terkesan Hingga Catat Kerugian RM29.76 Juta