Kg Kunak Tiga miliki potensi jadi produk pelancongan komuniti

24 Sep 2023 • 3:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Pesisir pantai di Kg Kunak Tiga berpotensi menjadi salah satu produk Pelancongan Berasaskan Komuniti (CoBT) jika dibangunkan sebagai kawasan rekreasi luar bandar.

Memiliki keindahan semula jadi tersendiri, ia terletak hanya 4.5 kilometer (km) dari Pekan Kunak melalui jalan darat. Kg Kunak Tiga berjiran dengan beberapa kampung antaranya Kg Kunak Darat, Kg Kabog, dan Kg Putrajaya.

Ketua Kampung (KK) Kg Kunak Tiga, Panglima Abdul Lahil Imam Sarail, 59, berkata selain keindahan pulau yang dapat dilihat di tengah lautan dan hutan paya bakau berhampiran pantai kampung itu, aktiviti seni kebudayaan seperti tarian etnik, alat muzik tradisi masih diamalkan oleh golongan dewasa dan belia setiap kali majlis-majlis keramaian diadakan di kampung berkenaan.