Khabar Angin Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Disatukan Curi Perhatian Netizen

LocalEntertainment
18 Mar 2026 • 3:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Khabar Angin Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Disatukan Curi Perhatian Netizen

Hubungan mesra pelakon tempatan, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq terus menjadi bualan warga maya apabila pasangan itu dikatakan bakal melangsungkan hari bahagia dalam masa terdekat.

Lebih menarik perhatian, beberapa rakan artis termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dikatakan memberi bayangan tentang perkara itu.

“Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya,” tulis Ben Ali.

image is not available

“Saya tak dapat jemputan lagi,” tanya Anwar Ibrahim.

image is not available
image is not available

Sebelum ini, Syed Saddiq ada berkongsi momen sambutan ulang tahun kelahiran Bella menerusi hantaran di Instagram, yang turut dihadiri dua anak penyanyi itu.

Dalam masa sama, dia juga tak lupa menitipkan kapsyen yang cukup menyentuh hati, malah konsisten menggelar Bella sebagai ‘Iron Lady’.

Seperti yang ramai tahu, hubungan mereka yang sering dipanggil peminat sebagai ‘BASS’, gabungan nama Bella Astillah dan Syed Saddiq, mula jadi perhatian apabila kedua-duanya bekerjasama sebagai duta jenama pakaian sejak tahun lalu.

Keserasian mereka jelas menarik perhatian ramai, sampai terus digandingkan dalam pelbagai kempen jenama lain.

Malah, rezeki kedua-duanya juga dilihat semakin murah dan tidak putus-putus hingga ke hari ini.

image is not available

Sementara itu, ramai yang tak sabar nak melihat pasangan ini bersatu secara rasmi, lebih-lebih lagi selepas mengikuti perjalanan hubungan mereka dari awal.

Setiap perkembangan yang dikongsikan sering mencuri perhatian dan mengundang pelbagai reaksi positif daripada peminat.

Dalam masa sama, tidak putus-putus doa dititipkan agar segala urusan mereka dipermudahkan dan berjalan lancar hingga ke hari bahagia.

Baca juga: