Khabar Angin Putus Dengan IU Tular, Lee Jongsuk Selamba Kongsi Foto Bercuti Di Vietnam

Music
4 Aug 2024 • 11:15 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, terdapat khabar angin menyatakan bahawa hubungan IU dan Lee Jong-suk telah pun berakhir.

Hal ini kerana, mereka berdua jarang dilihat keluar bersama meskipun IU sedang berehat dari konsert jelajahnya sebelum ini. Namun setakat ini, agensi bagi kedua-dua pihak masih tidak memberi sebarang respon lagi mengenai dakwaan tersebut.

Terbaru pada 3 Ogos, Lee Jong-suk telah menarik perhatian dengan memuat naik foto percutiannya bersama keluarga di Vietnam, menerusi laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이종석 (@jongsuk0206)

Dengan ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa lelaki itu sepertinya menafikan gosip tersebut dengan menunjukkan bahawa dia sedang menikmati waktu lapangnya dengan keluarga.

Disebabkan itu, dia masih belum berkesempatan untuk keluar bersama kekasihnya itu tambahan pula IU juga baru sahaja menamatkan konsert terakhirnya di Los Angeles.

Nanti dedua dah ada kat Korea mesti pergi keluar dating tu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved