Penyanyi Khai Bahar tepis dakwaan kerap sertai parti liar dan berhibur di kelab malam sejak berkawan rapat dengan seorang usahawan selebriti.
Menurut laporan Kosmo! Online, penyanyi yang berusia 30 tahun itu sudah jarang bertemu dengan rakan-rakannya selepas kehilangan ibu tersayang.
Khai Bahar tepis dakwaan

“Sejak emak jatuh sakit iaitu awal tahun 2022, saya sudah kurang jumpa kawan-kawan atau lepak dengan mereka.
“Kalau lepak dengan kawan-kawan pun, kami pergi karaoke.
“Mungkin orang salah anggap dan menyangka saya berparti disebabkan suasana pusat karaoke itu sendiri yang agak suram apabila lampu ditutup,” katanya.
Malah jelasnya lagi, dia enggan untuk melayan segala tuduhan tanpa bukti yang diterimanya dan hanya mahu fokus pada karier sebagai seorang penyanyi.
Khai Bahar tepis dakwaan

“Saya tidak pernah menganggap diri saya baik dan berkawan sahaja dengan semua orang tanpa ambil peduli hal peribadi mereka.
“Ikut suka nak cakap ala pun, asalkan orang yang buat fitnah itu puas hati. Kalau sudah penat, mereka pasti akan berhenti. Kalau hendak lawan balik pun tiada faedah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pelantun lagu Luluh ini bersyukur kerana memiliki keluarga dan peminat yang tidak pernah berhenti menyokongnya sehingga kini.

“Peminat saya sangat hebat, mereka memahami dan tidak pernah berhenti memberi sokongan, tidak kiralah untuk kerjaya seni atau kehidupan peribadi.
“Kemudian, sangat bertuah kerana memiliki ahli keluarga yang sangat kenal siapa saya dan tidak pernah mempersoalkan apa-apa meskipun kerap dihujani dengan dakwaan tidak berasas.
“Jadi, kepada yang kerap sebar dakwaan, teruskan menyiasat kehidupan saya sebab tiada apa-apa yang disorokkan pun,” jelasnya.

Sumber: Kosmo!Online (Nur Emira Saizali)


