Khairuddin dakwa Radzi lakukan jenayah qazaf, dinasihat bertaubat

LocalPolitics
21 Sep 2023 • 10:20 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin dinasihat bertaubat kerana didakwa telah menyebut beberapa perkataan jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf.

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam.

“Ia menjadi satu kesalahan jenayah syariah dalam Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia.

“Bagaimana perkara itu dibiarkan berlaku dalam Parlimen tanpa sebarang teguran sedangkan dalam Parlimen terdapat ustaz-ustaz yang mendalami pengajian Islam dan memperjuangkan pula pelaksanaan hudud dalam negara," kata Mohd Khairuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus menerusi hantaran di akaun Facebook beliau.

Radzi mengeluarkan perkataan berkenaan ketika bertikam lidah dengan Anwar semasa Menteri Kewangan itu menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Selasa. - 21 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved