Khairul Aming akui terkejut terima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2025 kategori usahawan

LocalBusiness & Finance
5 Sep 2025 • 11:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming akui dirinya cukup terkejut apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul (Usahawan) 2025.

image is not available

Kredit foto: JAKIM

Khairul Aming akui terkejut & dedikasikan anugerah buat usahawan

Menerusi laporan daripada Astro Awani, beliau menganggap pengiktirafan itu bukan hanya untuk dirinya semata-mata tetapi juga didedikasikan kepada semua usahawan terutamanya peniaga kecil yang sentiasa berusaha mencari rezeki.

“Saya rasa sangat terkejut apabila dapat info yang saya akan menjadi salah seorang penerima anugerah tahun ini.
“Saya dedikasikan anugerah ini kepada semua usahawan di luar sana terutama kepada peniaga-peniaga kecil, mereka yang baru belajar meniaga,” ujarnya.

image is not available

Khairul Aming akui anugerah ini jadi peringatan buatnya

Ujanya, anugerah ini akan menjadi peringatan buat dirinya dan semua usahawan dalam berniaga supaya menjaga keberkatan dan memastikan sentiasa mencari rezeki yang halal.

Dalam pada masa yang sama, Khairul Aming turut menitip pesan supaya sentiasa menjaga hubungan sesama sendiri dan insyaAllah semuanya akan diberkati.

Saya tujukan anugerah ini kepada mereka dan menjadi peringatan kepada saya dan mereka semua bila kita berniaga jagalah keberkataan perniagaan kita dan pastikan rezeki yang kita cari itu halal.
“Jaga hubungan sesama sendiri, InsyaAllah,” katanya.

Penganugerahan berprestij itu telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Sumber: YouTube Astro Awani