Khairul Aming bakal kolaborasi dengan Kak Cik Yah -“Mungkin kita buat lepas Raya”

LocalFood
21 Mar 2025 • 10:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Khairul Aming bakal kolaborasi

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming bakal kolaborasi dengan personaliti TikTok yang dikenali sebagai Kak Cik Yah untuk mencipta kandungan masakan di media sosial.

Menerusi temu bual bersama Bernama, Khairul Aming meluahkan rasa gembira dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kak Cik Yah selepas perayaan Aidilfitri.

Khairul Aming bakal kolaborasi

image is not available

“Pertama sekali, terima kasih Kak Cik Yah. Video Kak Cik Yah sangat comel, kolaborasi of course! Saya sangat happy dan teruja kalau Kak Cik Yah nak berkolaborasi tapi mungkin kita buat lepas Raya,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, usahawan kelahiran Kelantan tersebut menegaskan Kak Cik Yah atau nama sebenarnya Nariah Ahmad, 75, adalah bukti bahawa kandungan media sosial boleh dihasilkan tanpa mengira usia atau menggunakan teknologi canggih.

Khairul Aming bakal kolaborasi

image is not available

Sumber gambar: Bernama

“Saya sangat gembira Kak Cik Yah sudah dikenali ramai. Ini membuktikan sebenarnya dimana nak buat content tak memerlukan kamera mahal, tak perlu set up yang berat. Tumbuk lesung bergegar pun satu Malaysia kenal,” katanya lagi.

Sebelum ini ketika ditemui media, Kak Cik Yah berkongsi hasratnya mahu berkolaborasi dengan Khairul Aming yang merupakan pempengaruh terkenal dengan content masakan.

image is not available

Netizen teruja!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dan tidak sabar menunggu hasil kerjasama Khairul Aming dan Kak Cik Yah yang sudah semestinya akan memberi impak positif kepada warganet.

image is not available image is not available

Terdahulu, jenama makanan popular itu telah datang berkunjung ke kediaman Kak Cik Yah selepas dia tular di media sosial menghasilkan konten memasak.

Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah cara warga emas itu yang memuat naik konten tanpa menyunting dahulu seperti kebiasaan pempengaruh di media sosial namun, berjaya raih jutaan tontonan dalam masa beberapa hari.

Sumber: Instagram @Bernama