
Khairul Aming ‘Balas’ Mulut Jahat Netizen, Raih Perhatian
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA), baru-baru ini mengumumkan pembukaan restoran pertamanya yang dinamakan Rembayung.
Menurut beliau, projek pembinaan restoran itu sebenarnya telah dirahsiakan selama setahun. Selepas 10 tahun aktif dalam dunia online, KA berkata sudah tiba masanya untuk melangkah ke dunia perniagaan offline.
Difahamkan, restoran ini juga menjadi langkah pertama dalam perancangannya untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Namun seperti biasa, setiap langkah besar pasti mendapat perhatian. KA turut menerima pelbagai komen pedas daripada netizen mengenai pembukaan restoran tersebut.
Respon tenang Khairul Aming
Menerusi satu hantaran di Threads, KA tampil tenang memberikan penjelasan berhubung banyak persoalan yang ‘mengganggu’ sebahagian netizen.
“Saya faham banyak soalan timbul… kenapa lokasi di situ, kenapa sistem reservation, kenapa invest banyak ni, kenapa pokok plastik, macam mana nak cuci cermin kaca, kenapa ceiling tinggi, kenapa ambil risiko besar dan sebagainya.
“Saya hargai semua feedback, cuma saya mohon beri ruang untuk saya cuba berniaga dahulu. Ini percubaan saya untuk kembangkan F&B tempatan secara offline. Saya faham investment besar dan risiko tinggi, but please allow me to try,” tulisnya.
KA turut menjelaskan bahawa ada netizen yang membuat kiraan kononnya dia akan gagal, menuduhnya tidak berfikir panjang atau menyusahkan orang lain.
Namun, beliau menegaskan bahawa dia tidak meminta pujian melainkan hanya doa agar perjalanan perniagaannya dipermudahkan.
“Apa kejayaan yang saya dapat, apa kesilapan yang saya buat, semua saya akan kongsikan supaya peniaga kecil boleh belajar dan jadikan inspirasi. Gunakan risiko besar yang saya ambil ini sebagai peluang untuk kita kembangkan bisnes tempatan,” tambahnya.
Beliau juga mengingatkan netizen agar lebih menyokong peniaga kecil yang baru ingin bermula supaya mereka tidak takut dengan kritikan melampau di media sosial.
“Saya bersyukur sebab sudah terbiasa baca feedback orang ramai selama 10 tahun ini and I’m okay with it. Tapi untuk orang lain yang baru nak mula berniaga, akan ada yang akan takut nak mula bila baca semua feedback macam ni.
“Saya mohon kalau nampak peniaga kecil lain baru nak mula, bagilah sokongan kepada mereka. Allow them to start and shine in our country,” katanya.
Di akhir hantaran, KA tidak ketinggalan memohon doa agar perjalanan Rembayung dipermudahkan.
Ramai netizen bangga dan terus menyokong
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa bangga dan memberi sokongan penuh kepada KA. Mereka turut mendoakan agar perniagaan dan kerjaya beliau terus berkembang.
BACA: Buka Cerita Soal Isteri, Luahan Suami Runtun Hati Ramai
Sumber: Threads @khairulaming
The post Khairul Aming ‘Balas’ Mulut Jahat Netizen, Raih Perhatian appeared first on Siakap Keli.


