Khairul Aming Cipta Sejarah, Sales RM1 Juta Terpantas Dalam Masa 3 Minit Je

2 Feb 2024 • 10:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pempengaruh popular yang juga merupakan seorang usahawan berjaya, Khairul Aming telah membuat pelancaran produk barunya selepas Sambal Nyet iaitu Daging Dendeng Nyet Berapi pada hari ini.

Sebelum melancarkan produknya itu terlihat Khairul Aming sangat gementar kerana ramai sedang menunggu untuk membeli Dendeng Nyet Berapi tu.

Dijual habis dalam masa 3 minit !

Menerusi livenya di Tiktok, Khairul Aming seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dia tergamam apabila 80,000 paket Daging Dendeng Nyet Berapi berjaya dijual habis dalam masa tiga minit sahaja sehingga sistem Tiktok down.

image is not available

Lebih 200,000 tontonan

Malah live Tiktoknya malam ini turut disertai lebih daripada 200,000 orang beratur untuk membeli Dendeng Nyet Berapi sejak pukul 8.30 malam tadi. Ramai betul nak rasa produk baru Khairul Aming ni.

image is not available

Sekadar info, proses pengeluaran Daging Dendeng Nyet Berapi ini memakan masa setahun, untuk proses R&D, pembungkusan dan proses marketing sebelum Khairul Aming yakin untuk menjualnya kepada orang ramai.

Fuh memang penangan Khairul Aming betul ni.

https://www.tiktok.com/@khairulaming/video/7330928282046614786?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7285241548610405889
Kredit: Tiktok Kharul Aming


+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.