Khairul Aming Kongsi Perkembangan Terkini Jualan Sambal Nyet Berapi

15 Feb 2023 • 4:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
khairul aming sambal nyet

Tular di TikTok mengenai usahawan terkenal, Khairul Aming yang telah berkongsi mengenai status jualan terkini, Sambal Nyet Berapi.

Dalam rakaman video tersebut, Khairul menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih buat masyarakat yang selalu memberi dorongan penuh terhadap jualan sambal miliknya.

Perkembangan positif

@khairulaming

Jualan Sambal Nyet kini mencecah RM 21.5 Juta ringgit. Alhamdulillah terima kasih kepada anda semua yang support kami dari 2 tahun lepas lagi. Doakan bisnes kita akan makin berkembang selepas ni #sambalnyet #makanlokal

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Menurut Khairul, jualan sambal nyet bagi tahun kedua telah meningkat hampir dua kali ganda berbanding tahun pertama. Malah, jualan miliknya juga telah menerima anugerah istimewa dalam perkhidmatan pelanggan.

Pada tahun pertama, jualan pertama kita mencecah RM7.5 juta dan pada tahun kedua meningkat ke RM14 juta. Jadi, jumlah kedua tahun ini adalah RM21.5 juta.

Dalam pada masa yang sama, Khairul juga berkongsi mengenai proses pembuatan sambal itu dan juga rancangan syarikatnya yang akan datang. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan usaha yang dijalankan oleh influencer tersebut.

image is not available

image is not available

Wah, memang inspirasi betul!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media