Khairul Aming Raih RM1 Juta Dalam Masa 17 Minit Ketika LIVE TikTok Shop

LocalBusiness & Finance
8 Sep 2026 • 9:51 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Khairul Aming Raih RM1 Juta Dalam Masa 17 Minit Ketika LIVE TikTok Shop

KUALA LUMPUR – Nama Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian apabila sesi siaran langsung TikTok Shop yang disertainya mencatatkan angka jualan cukup mengagumkan.

Menerusi paparan yang tular, jualan dalam sesi TikTok Shop Rumah Nyet – Creator All Star dilihat sudah mencecah RM1 juta hanya dalam tempoh 17 minit selepas siaran langsung bermula.

Pencapaian itu sekali gus mengundang perhatian ramai yang mengikuti sesi LIVE berkenaan, apatah lagi angka tersebut berjaya dicapai dalam tempoh yang cukup singkat.

Bukan Kali Pertama Pecah Rekod

Sebenarnya, Khairul Aming bukan asing dengan pencapaian luar biasa dalam dunia TikTok Shop.

Sebelum ini, beliau pernah mencatat pelbagai rekod jualan menerusi sesi siaran langsung, termasuk mencatat jualan RM2.3 juta dalam satu sesi LIVE selama 12 jam pada Februari lalu.

Pada Ogos lalu pula, pelancaran Sambal Nyet Bilis menyaksikan beliau mencatat jualan RM2 juta dalam masa kurang dua minit sebelum keseluruhan sesi mencatatkan RM3.5 juta GMV.

Pencapaian tersebut sekali lagi membuktikan pengaruh besar Khairul Aming dalam dunia e-dagang, khususnya menerusi platform TikTok Shop.

Dengan jualan mencecah RM1 juta dalam tempoh hanya 17 minit, sambutan terhadap sesi siaran langsung kali ini jelas menunjukkan jenama dan produk yang dibawanya terus mendapat perhatian tinggi daripada pengguna. – The Malaysian Update

The post Khairul Aming Raih RM1 Juta Dalam Masa 17 Minit Ketika LIVE TikTok Shop appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved