Khairul Aming Tamatkan Misi Banjir Di Kelantan, “Mohon Maaf, Esok Hari Terakhir”

4 Dec 2024 • 12:05 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming, mengumumkan bahawa misi bantuan banjir di Kelantan akan berakhir pada Rabu ini, 4 Disember.

Dalam kenyataan di Instagram Story, beliau memohon maaf kerana terpaksa menamatkan usaha tersebut untuk menyelesaikan urusan peribadi yang tertangguh.

Esok adalah hari terakhir. KA (Khairul Aming) minta maaf, KA terpaksa balik KL sebab kami ada urusan yang sudah tidak dapat dielakkan.- Katanya.

Khairul Aming masih perlukan sukarelawan untuk hari terakhir

image is not available

Walaupun misinya bakal tamat, Khairul Aming menyeru sukarelawan untuk terus turun padang membantu agihan barangan keperluan kepada mangsa banjir.

Kita ada banyak sumbangan yang akan sampai pagi esok. Ramai manpowers diperlukan. Ayuh kawan-kawan, kita all out esok.- Katanya penuh semangat.

Kenangan dan kerja kuat seminggu yang bermakna

image is not available

Sepanjang hampir seminggu di Kelantan, Khairul Aming dan pasukannya telah memberikan bantuan kepada mangsa banjir tanpa menerima sumbangan dalam bentuk wang, kerana bimbang ia tidak dapat diuruskan dengan baik. Beliau turut menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang sangat bermakna.

Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan misi ini. Anda semua orang yang sangat hebat.- Ujar Khairul Aming.

Misi tersebut menjadi inspirasi buat ramai, menunjukkan pengorbanan dan keikhlasan Khairul Aming dalam membantu masyarakat.

image is not available

#OhmediaNasihat

Semangat seperti Khairul Aming patut kita contohi. Dalam setiap usaha, berilah sepenuh komitmen dan keikhlasan, walaupun sekecil mana bantuan itu. Banjir boleh terjadi bila-bila masa, jadi mari kita bersiap sedia untuk saling membantu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Khairul Aming