Khairul Aming tunai umrah, pakaian ‘simple’ jadi perhatian – “Sempoi sungguh jutawan”

23 Apr 2024 • 4:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Khairul Aming tunai umrah

Khairul Aming tunai umrah apabila melihat posting daripada rakan baiknya, Azfar Heri di media sosial sewaktu menghantar pempengaruh tersebut di lapangan terbang.

@azfarherii

Semoga abang KA mendapat umrah yang mabrur

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

 

Khairul Aming tunai umrah, penampilan simple je

Menerusi kapsyen yang ditinggalkan Azfar, dia mendoakan agar Khairul Aming mendapat umrah yang mabrur serta berkongsi video sewaktu berpelukan.

Namun begitu, penampilan pemilik jenama produk Sambal Nyet berkenaan telah mendapat perhatian apabila sangat sederhana dengan memakai kurta, seluar slack serta selipar sahaja sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Sempoi sungguh jutawan, nak naik kapal terbang pakai selipar jah,” tulis salah seorang warganet.

image is not available

Khairul Aming tunai Umrah, ramai titip doa

Menjengah ke ruangan komen posting yang dibuat oleh influencer berkenaan, ramai juga yang menitipkan doa kepada Khairul Aming agar urusannya di sana dipermudah.

Mereka turut mendoakan supaya suatu hari nanti tiba giliran Azfar Heri dan juga diri mereka sendiri untuk ke Tanah Suci.

image is not available

 

Mohon doakan kesihatan warganet juga

image is not available

Semoga urusan Khairul Aming dipermudah

image is not available

 

Selamat menunaikan ibadah umrah buat Khairul Aming

Sumber: TikTok Azfarherii