Khairul Aming Tutup 2 Kilang Sambal Nyet, Bawa Semua Staf ‘Shopping’ Dan Ada Bonus Raya Mengejut

Food
8 Apr 2023 • 6:34 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Terharu betul rasanya lepas lihat perkongsian video terbaru daripada usahawan dan influencer terkenal, Khairul Aming yang sanggup tutup dua buah kilang sambal nyet untuk bawa semua staf beli kelengkapan Hari Raya.

Dalam perkongsian itu, Khairul tutup operasi dua buah kilangnya di Kelantan miliknya selama 1 hari dan semua staf di bawa ke Jekel dan Ariani untuk memilih set lengkap baju raya.

Lepas ni nak bawa pergi bercuti pula. Bercuti mana pula tahun ni boss Khairul Aming? Hehe…

Semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal untuk meraikan staff. Kita bawa semua pergi shopping baju raya, berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya. InshaAllah lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak hehe…

Tebal betul sampul raya staf…

Sebaik sahaja selesai, Khairul terus mengarahkan stafnya untuk berkumpul di kilang semula sebab ada kejutan pemberian bonus raya. Nampak tebal juga tu sampul raya boss Khairul Aming bagi. Murah rezeki boss!

image is not available

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved