Khairul mahu MPS lebih proaktif selesaikan isu

29 Jan 2024 • 12:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) digesa memainkan peranan dengan lebih proaktif dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata beliau kesal apabila MPS gagal meneliti secara telus setiap aduan yang diajukan kepada pihak berkuasa tempatan tersebut.

“Saya berharap pihak MPS memainkan peranan yang lebih proaktif terutamanya dalam menyelesaikan pelbagai perkara berkaitan penyelenggaraan.

“Kita sendiri melihat terdapat banyak parit yang tersumbat, kawasan lapang yang tidak dijaga dengan baik, masalah lampu jalan tidak berfungsi atau sampah yang tidak dikutip. Perkara ini sepatutnya menjadi rutin pihak MPS.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Saya agak kecewa, sebab kita telah berbincang beberapa kali dengan pihak MPS cuma pelbagai alasan yang diberikan,” katanya.

Khairul menggesa agar MPS dapat melihat masalah dan aduan ini secara telus sekaligus merancang kaedah penyelesaian yang bermanfaat bagi jangka panjang.

Jelasnya, pejabat parlimen beliau seringkali mengajukan masalah rakyat ini kepada pihak MPS namun tindakan MPS agak perlahan.

Sementara itu, Khairul juga berkata pihaknya telah banyak menerima aduan mengenai pentadbiran MPS yang mengamalkan karenah birokrasi sehingga menyusahkan rakyat.

“Saya sudah lama di Sandakan, saya tahu dan saya pun sudah maklum berkenaan dengan masalah pentadbiran MPS hampir 15 tahun.

“Tidak ada pembaharuan yang nyata dilaksanakan. Kita mahu setiap keputusan yang dilakukan untuk rakyat itu cepat bukannya mengamalkan birokrasi.

“Amalan birokrasi ini mencerminkan kelemahan wakil rakyat dan kerajaan negeri walhal agensi pelaksana adalah pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Justeru, Khairul berharap setiap pihak memainkan peranan dalam menyelesaikan aduan dan masalah rakyat.

“Kita tidak mahu melihat Bandar Sandakan terutamanya Parlimen Batu Sapi ini terbelakang dalam setiap sudut.

“Pihak kami boleh beri kerjasama bila-bila masa, tetapi kalau masih lagi mengamalkan birokrasi, ianya pasti membawa kemarahan dan kekecewaan kepada rakyat,” tambahnya lagi.

Khairul ditemui media selepas sesi ramah mesra bersama rakyat di Pasar Taman Mawar sempena perayaan Tahun Baru Cina yang menjelang tiba.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article