Satu berita yang agak mengejutkan buat penyokong Khairy Jamaluddin apabila dia digantikan dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan yang akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15 akan datang.
Namun, kini mereka tidak perlu risau lagi selepas Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi mengumumkan bahawa Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ akan bertandang ke Parlimen Sungai Buloh pada majlis pengumuman calon malam tadi.
Rafizi bertemu Anwar nak tukar calon?
Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli membuat ciapan menerusi Twitternya akan bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung calon parti yang akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh.
Saya akan berbincang dengan @anwaribrahim mengenai maklum balas pengundi2 di Sg Buloh mengenai calon PKR setakat ini. Saya hargai semua pandangan.
Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai Presiden parti.
Saya akan berbincang dengan Anwar mengenai maklum balas pengundi-pengundi di Sungai Buloh berhubung calon PKR setakat ini. Saya hargai semua pandangan.
Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai presiden parti.
Walaupun tidak menyebut sebarang sebab, pertemuan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan keputusan Barisan Nasional (BN) menamakan Khairy Jamaluddin sebagai calon yang akan bertanding di Sungai Buloh.
Netizen pun dah tanya dah tu
PKR masih tak ada rancangan untuk tukar calon Sg Buloh?