Khairy kembali ke Persidangan Agung Umno selepas dipecat pada 2023

LocalPolitics
15 Jan 2026 • 10:56 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang dipecat dari parti itu pada 2023, menarik perhatian ramai apabila kembali menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025.

Beliau yang mengenakan baju Melayu putih lengkap bersamping merah dan bersongkok, disambut mesra oleh ahli-ahli Umno.

Turut mengiringi Khairy ialah bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ketibaan mereka disambut dengan satu majlis ringkas, termasuk paluan gendang dan persembahan silat pendek.

image is not available
Khary Jamaludin mengangkat tangan ketika ikrar dibacakan pada Persidangan Pemuda Umno hari ini. - Gambar ihsan, 15 Januari, 2026

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu dipecat daripada Umno pada Januari 2023 atas dakwaan memperlekehkan dan mensabotaj kempen Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang menjadi Ketua Pemuda Umno dari pada 2009 sehingga 2018, berulang kali menegaskan pendirian tidak akan menyertai mana-mana parti meskipun menerima pelawaan.

Oktober lalu, terdapat desas-desus beliau akan kembali menyertai Umno dan dikatakan sudah mendapat ‘restu’ daripada pimpinan tertinggi Umno khususnya Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

View this post on Instagram

A post shared by Scoopdotmy (@scoopdotmy)


Semalam, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengesahkan Khairy akan menghadiri Persidangan Pemuda Umno dan menyifatkan kehadiran Khairy akan menyuntik semangat kepada pewakilan.

Akmal memberitahu, kehadiran bekas Menteri Kesihatan itu bukan sahaja dinanti-nantikan malah beliau merupakan antara tokoh penting yang sentiasa dihormati oleh sayap parti Umno itu. - 15 Januari, 2026

The post Khairy kembali ke Persidangan Agung Umno selepas dipecat pada 2023 appeared first on Scoop.