Khaled Nordin mulakan misi di Beijing, angkat isu keselamatan dan kerjasama strategik

WorldPolitics
15 Sep 2025 • 12:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tiba di Beijing, Republik Rakyat China, lewat malam tadi bagi lawatan kerja selama empat hari bermula Isnin. Lawatan ini merupakan yang pertama beliau ke negara itu selaku Menteri Pertahanan.

Beliau dijadualkan menghadiri 12th Beijing Xiangshan Forum, forum keselamatan dan pertahanan peringkat tinggi di Asia-Pasifik yang berlangsung dari 17 hingga 19 September.

image is not available

Khaled Nordin mulakan misi di Beijing

Forum tersebut menghimpunkan pemimpin dan delegasi dari lebih 100 negara dengan tema edisi kali ini, “Safeguarding the International Order and Promoting Peaceful Development Together”.

“Lawatan ini memberi peluang kepada Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan serantau dan memperkukuh hubungan strategik dengan rakan serantau,”kata beliau.

image is not available

Dalam sesi plenari kedua pada Khamis, beliau dijadualkan menyampaikan pendirian dan pandangan Malaysia berkaitan “Strategic Mutual Trust and Security Cooperation in the Asia-Pacific Region”.

Selain itu, beliau akan mengadakan pertemuan bilateral dengan beberapa menteri China termasuk Menteri Pertahanan Nasional, Laksamana Dong Jun; Menteri Pembangunan Peralatan, Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Jeneral Xu Xueqiang; dan Menteri Hal Ehwal Veteran, Pei Jinjia, serta bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Kemboja, Jeneral Tea Seiha yang turut menghadiri forum berkenaan.

image is not available

Khaled Nordin turut dijadualkan mengadakan lawatan industri serta pertemuan bersama CASIC Group, CPMIEC, NORINCO, Sinovac Biotech dan CATIC, selain menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Boustead Holdings Berhad dan syarikat tempatan.

Sumber: FB Khaled Nordin