Khaled Nordin Nafi Dakwaan Ada Gerakan Jatuhkan Presiden UMNO

Politics
5 Feb 2024 • 11:33 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan dakwaan terdapat gerakan jatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi oleh Ketua Bahagian parti tersebut.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Gerakan jatuhkan Presiden UMNO?

Menurut laporan Sinar Harian, Khaled berkata, pucuk pimpinan parti sebaliknya sedang berusaha mendapatkan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Surat kalau ditandatangani (ketua bahagian) pun, Presiden tak akan terguling. Jadi buat apa nak tandatangan surat. Mana ada,” katanya yang juga Menteri Pertahanan.

Beliau berkata demikian selepas lawatan kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Taman Aman, Kota Tinggi pada Ahad.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Khaled berkata, Lembaga Pengampunan adalah hak mutlak dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong sepenuhnya sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan Persekutuan.

“UMNO menghormati keputusan pengampunan tersebut. Biarpun desakan dibuat ia tetap kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.

“Bagaimanapun UMNO tetap akan berusaha untuk mendapatkan pengampunan bagi Datuk Seri Najib Razak” ujarnya.

Terdahulu, UMNO dilaporkan akan mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi mendapatkan pengampunan penuh buat Najib.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved