Khaled Nordin serah sumbangan kepada 40 penerima termasuk anggota ATM – MINDEF

23 Apr 2024 • 4:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) diwakili menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serah sumbangan kepada 40 penerima terpilih bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri kementerian itu di Kem Kementah, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi satu kenyataan, penerima sumbangan tersebut terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Khaled Nordin serah sumbangan kepada 40 penerima

image is not available

“Penerima dipilih daripada kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ahli Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP), ahli Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan Veteren ATM,” kata Kementerian.

Dalam senarai penerima, tiga adalah anak-anak veteran ATM yang telah berjaya menerima biasiswa Yayasan LTAT – IIUM Ummatic.

Selain itu, MINDEF juga menyampaikan sumbangan RM50 secara one-off kepada 9,355 anak-anak ATM Tahun Satu sesi persekolahan 2024 dengan nilai sebanyak RM467,750.

image is not available

Khaled Nordin serah sumbangan kepada 40 penerima

Kementerian turut menyampaikan sumbangan RM300,000 dalam bentuk bantuan kebajikan kepada anak-anak ATM yang kurang upaya seperti Autisme, Dysparaxia, Masalah Pembelajaran, Mild Autism dan Down Syndrome.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MINDEF ini merupakan acara tahunan yang dijalankan bagi merapatkan ukhwah dalam kalangan warga di kementerian itu.

image is not available

Namun begitu, sambutan tahun ini merupakan yang pertama bagi Mohamed Khaled selepas beliau memegang jawatan Menteri Pertahanan sejak 15 Disember lalu.

Dalam pada itu, seramai 9,000 pengunjung turut hadir memeriahkan sambutan itu, melibatkan Ahli Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Duta-Duta Asing dan Pesuruhjaya Tinggi.

image is not available

Tidak dilupakan kehadiran Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta warga MINDEF dan ATM.