Khaled sahkan Raja Mohamed Affandi letak jawatan pengerusi LTAT, bukan bersara

LocalPolitics
13 Feb 2024 • 6:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Khaled sahkan Raja Mohamed Affandi letak jawatan pengerusi LTAT, bukan bersara

johardy

13/02/2024 - 18:05

KUALA LUMPUR 13 Feb - Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor telah meletakkan jawatan itu secara sukarela.

“Sebenarnya Raja Mohamed Affandi letak jawatan secara sukarela, tiada isu berhubung perkara berkenaan,” katanya selepas diminta mengulas isu berkaitan peletakan jawatan Raja Mohamed Affandi yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera sebagai Pengerusi LTAT.

Mohamed Khaled berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan di sini hari ini, Bernama melaporkan.

Pada 8 Feb lepas, LTAT dalam satu kenyataan mengumumkan persaraan Raja Mohamed Affandi daripada jawatan berkenaan.

LTAT memaklumkan tempoh perkhidmatan Raja Mohamed Affandi bermula pada 2021, ditandai oleh komitmen tidak berbelah bahagi dalam mengukuhkan tadbir urus korporat dana persaraan angkatan tentera itu.

Raja Mohamed Affandi dilantik menjadi Pengerusi LTAT pada 3 Ogos 2021, menggantikan Jen (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin yang bersara setelah berkhidmat sebagai Pengerusi LTAT sejak Ogos 2018 - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved