Khalid nekad saman Rafidah, nafi dakwaan Kampung Sungai Baru tanah rizab Melayu

LocalPolitics
17 Sep 2025 • 3:24 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Isu pertikaian tanah di Kampung Sungai Baru kembali hangat apabila bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menegaskan beliau akan meneruskan tindakan saman terhadap aktivis penduduk, Rafidah Ibrahim.

Menurut laporan Sinar Harian, Khalid menolak dakwaan bahawa kampung tersebut sebahagian daripada Tanah Rizab Melayu dan digelar “tanah emas”. Baginya, tuduhan itu bukan sahaja tidak benar, malah berpotensi mengelirukan penduduk serta masyarakat awam.

Baca juga:

Rafidah gagal hadir ke mahkamah

Peguamnya, Zulhazmi Shariff, memaklumkan pihak mereka sudah berusaha menyerahkan saman melalui pelbagai cara, termasuk siaran akhbar, tampalan di mahkamah serta di kediaman Rafidah. Namun, Rafidah masih belum memfailkan kehadiran di mahkamah.

“Kes ini sudah lama ditetapkan, sepatutnya beliau hadir pada 12 September lalu. Oleh kerana gagal hadir, kami akan mohon penghakiman ingkar selain menentukan tarikh taksiran ganti rugi,” katanya.

Zulhazmi turut menggesa Rafidah agar tidak terus berdiam diri dan hadir bagi menjelaskan kenyataannya di mahkamah.

Khalid menambah, perkampungan tersebut hanya wujud selepas proses pelurusan sungai sekitar 1960-an, jauh selepas penggubalan enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS) pada awal 1900-an.

“Geran kampung ini jelas berstatus pajakan (leasehold) 99 tahun. Jika dikatakan termasuk dalam MAS, ia mustahil. Tambahan pula, dakwaan bahawa ia tanah emas tidak pernah dibuktikan dengan dokumen yang sah,” tegasnya.