Khas Untuk Pelajar, MyAirline Tawarkan Diskaun 20% Harga Tiket Dan 15kg Bagasi Percuma

15 Jul 2023 • 10:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Buat anda yang bergelar pelajar, ini merupakan berita baik untuk anda!

Khas Untuk Pelajar, MyAirline Tawarkan Diskaun 20% Harga Tiket Dan 15kg Bagasi Percuma. Nak balik kampung, tak perlu risau dengan harga tiket. MyAirline tawarkan diskaun kepada pelajar dan banyak lagi yang menarik.

Bagi pelajar yang berumur 16 hingga 26 tahun, MyAirline kini membuka peluang dengan program tambang pelajar istimewa.

image is not available

Anda hanya perlu daftar di pautan yang disediakan untuk menikmati diskaun tersebut

MyAirline menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk setiap tempat duduk, bagasi percuma seberat 15kg dan satu (1) pertukaran tiket tanpa caj. Semua manfaat ini boleh dinikmati dengan hanya membayar yuran tahunan sebanyak RM20.

Yang lebih menarik, anda juga berpeluang untuk menikmati last minute (standby seats**) dengan harga RM130/way untuk penerbangan antara Semenanjung ke Sabah/Sarawak dan RM80 untuk penerbangan dalam Semenanjung Malaysia, termasuk bagasi 15kg percuma.

image is not available
Khas Untuk Pelajar, MyAirline Tawarkan Diskaun 20% Harga Tiket Dan 15kg Bagasi Percuma

image is not available

Jangan lupa untuk baca terma dan syarat sebelum mengisi borang pendaftaran

**Standby Seats bermakna anda tidak perlu membuat tempahan awal. Anda hanya perlu datang ke airport pada hari penerbangan, pergi ke kaunter standby passenger dan mendaftarkan diri anda dalam senarai waiting list.

Sekiranya ada seat available, nama anda akan dipanggil dan anda hanya perlu membuat pembayaran dan mendapatkan boarding pass anda.

image is not available

Walau bagaimanapun, cara ini mempunyai risiko tertentu terutamanya jika anda ingin terbang pada musim puncak.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, anda boleh merujuk ke laman web MyAirline melalui pautan ini: MyAirline Student Programme

Baca lagi artikel menarik di pautan bawah: