Khas Untuk Peminat Upin & Ipin! Kolaborasi Grab x Baskin-Robbins Menawarkan Jam Tangan & Cooler Bag Upin & Ipin Edisi Terhad!

FoodSales & Promo
7 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Cuaca sekarang ni bukan main panas lagi kan? Ini kalau dapat makan aiskrim perisa kegemaran confirm lega tekak, macam watak monyet dalam movie Upin Ipin tu!

Image from: Khas Untuk Peminat Upin & Ipin! Kolaborasi Grab x Baskin-Robbins Menawarkan Jam Tangan & Cooler Bag Upin & Ipin Edisi Terhad!

Advertisement

Eh, cakap pasal aiskrim dan Upin Ipin ni kan, tahu tak Grab x Baskin-Robbins ada kolaborasi bersama Upin & Ipin dan mereka akan keluarkan promosi istimewa yang cukup menarik tau!

Ada Merchandise Comel, Jom Tengok Set Promosi Grab x Baskin-Robbins x Upin & Ipin

Khas untuk anda yang memang penggemar aiskrim Baskin-Robbins dan Upin & Ipin, jangan lepaskan peluang untuk rebut promosi hebat ini di aplikasi Grab sebab kolaborasi ini hanya berlangsung untuk tempoh masa terhad saja!

Image from: Khas Untuk Peminat Upin & Ipin! Kolaborasi Grab x Baskin-Robbins Menawarkan Jam Tangan & Cooler Bag Upin & Ipin Edisi Terhad!

Lagi-lagi yang ada anak kecil, kami yakin mereka confirm akan suka dengan Jam Tangan Upin & Ipin edisi terhad, merchandise yang hanya boleh didapati bila pesan di GrabFood!

Psst, jam tangan ini tersedia untuk kesemua set tau! Jadi, kalau nak tahu apakah antara set yang ada untuk kolaborasi ini, meh sini meh kami kongsikan.

Set 2 Pints Upin & Ipin + Cooler Bag

Image from: Khas Untuk Peminat Upin & Ipin! Kolaborasi Grab x Baskin-Robbins Menawarkan Jam Tangan & Cooler Bag Upin & Ipin Edisi Terhad!

“Beli aiskrim dapat Cooler Bag & Jam Tangan Upin & Ipin? Biar betul?!”

Betul, betul, betul! Untuk set kombo super berbaloi ini, anda akan dapat 2 Pint Aiskrim Upin & Ipin bersama satu Cooler Bag Upin & Ipin, dan Jam Tangan Upin & Ipin edisi terhad Grab, hanya pada harga RM90 saja tau!

Haa, beg ini bukan sekadar beg biasa ya! Design yang cukup eye-catching dengan kualiti yang padu dan super versatile ini boleh digunakan untuk macam-macam seperti bawa pergi berkelah, bekal untuk anak-anak ke sekolah, simpan minuman sejuk untuk roadtrip dan banyak lagi lah!

Dah lah dapat makan aiskrim kegemaran dengan keluarga, dapat pula merchandise yang tahan lama dan pelbagai guna. Memang rugi kalau terlepas!

Upin & Ipin 2 Cups

Image from: Khas Untuk Peminat Upin & Ipin! Kolaborasi Grab x Baskin-Robbins Menawarkan Jam Tangan & Cooler Bag Upin & Ipin Edisi Terhad!

Sesuai sangat untuk anda yang nak luangkan masa bersama anak tersayang, anda boleh menikmati aiskrim bersaiz comel ini secara santai sambil berjalan-jalan dengan harga hanya RM19 saja. Psst, siap dapat Jam Tangan Upin & Ipin edisi terhad Grab tau!

Upin & Ipin Cake 6”

Image from: Khas Untuk Peminat Upin & Ipin! Kolaborasi Grab x Baskin-Robbins Menawarkan Jam Tangan & Cooler Bag Upin & Ipin Edisi Terhad!

Haa, kalau anda ada sambutan hari jadi atau majlis special tak lama lagi, kek aiskrim tema Upin & Ipin bersaiz 6 inci memang pilihan yang sangat tepat! Anak-anak kecil confirm akan suka punya lah!

Lagi buatkan sambutan itu special adalah anda dapat hadiahkan juga Jam Tangan Upin & Ipin edisi terhad Grab.

Khas Untuk Penggemar Aiskrim & Upin & Ipin

Banyak juga kan pilihan menarik untuk kolaborasi ini? Jadi, tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk rebut promosi hebat ini sebab kolaborasi ini hanya berlangsung untuk tempoh masa terhad saja tau!

Bukan senang nak dapat kombo aiskrim kegemaran, siap ada Jam Tangan Upin & Ipin edisi terhad Grab Cooler Bag comel ni, hanya di Grab tau!

Macam mana nak dapatkan? Senang saja,

– Buka aplikasi Grab

– Cari store Baskin-Robbins yang berdekatan

– Pilih set pilihan

– Cek out dan tunggu pesanan sampai

Ataupun, kalau nak mudah, anda klik saja pada pautan ini, https://grb.to/BaskinRobbins-UpinIpin

Peluang Menang Merchandise Edisi Terhad, Siap Dapat Jumpa Upin & Ipin Serta Opah?

Betul, betul betul! Selain daripada promosi istimewa Grab x Baskin-Robbins ini, anda juga berpeluang untuk menyertai acara menarik daripada kolaborasi ini tau!

Make sure anda semua take note dan tanda kalender untuk maklumat acara di bawah ini:

Tempat: MyTOWN Shopping Centre

Tarikh: 27 hingga 31 Ogos 2026

Masa: 10 pagi hingga 10 malam

Apa yang best dengan acara ini adalah terdapat pelbagai aktiviti menarik yang pastinya akan membuatkan anak-anak serta diri anda juga teruja untuk sertai! Antaranya:

– Sesi Meet & Greet Upin & Ipin serta Opah

– Permainan dan kuiz interaktif

– Peluang memenangi pelbagai merchandise edisi terhad yang menarik

Dah kata dah, banyak aktiviti menarik menanti! Jadi, jangan lupa, pastikan anda dan ahli keluarga semua ada kelapangan masa pada waktu itu ya! Jumpa anda di sana!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Grab, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

The post Khas Untuk Peminat Upin & Ipin! Kolaborasi Grab x Baskin-Robbins Menawarkan Jam Tangan & Cooler Bag Upin & Ipin Edisi Terhad! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved