Khemah bazar rosak diterbangkan ribut

25 Mar 2023 • 10:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan khemah yang rosak akibat hujan lebat dan ribut di kawasan bazar Ramadan Alor Pongsu pada Sabtu. - Foto pembaca

image is not available
Enam khemah peniaga bazar Ramadan di Alor Pongsu rosak akibat hujan lebat dan ribut pada Sabtu. - Foto pembaca

BAGAN SERAI - Enam khemah peniaga bazar Ramadan di Alor Pongsu di sini rosak dalam kejadian hujan lebat dan ribut pada Sabtu.

Kejadian sekitar jam 2.30 petang itu mengakibatkan khemah hilang diterbangkan angin, koyak dan besi patah.

Peniaga, Zurawati Ismail, 49, berkata, angin kuat bersama hujan secara tiba-tiba melanda kawasan itu semasa persiapan untuk jualan bazar dilakukan.

"Saya sempat pindahkan barang niaga ke khemah lain yang selamat. Mujurlah ada kawan-kawan bantu angkatkan barang," katanya.

Robitah Razak, 37, bersyukur kerana kerosakan hanya melibatkan khemah sementara barang niaga masih dalam keadaan selamat.

Katanya, khemah niaga di bazar Ramadan itu kebanyakannya disewa dengan harga RM400 sebulan.

"Susah hati juga memikirkan keadaan tempat jualan. Besi khemah saya patah, tetapi mujurlah barang niaga tidak rosak.

"Mana-mana khemah yang masih elok, mereka gotong-royong betulkan dan dapatlah kami teruskan berniaga," katanya.

Seorang lagi peniaga, Salina Che Tahe, 42, menganggap kejadian itu sebagai ujian Ramadan.

Ujarnya, dengan bantuan rakan, mereka dapat meneruskan jualan dengan sebahagiannya menumpang khemah peniaga lain.

"Paling penting, kejadian ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, semuanya selamat pun kami dah bersyukur," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved