Khidmat Jet Pejuang Sukhoi Su-30MKM TUDM Diteruskan Sehingga Tahun 2035

LocalPolitics
21 Jan 2025 • 11:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Khidmat jet pejuang Sukhoi Su-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diteruskan lagi selama sedekad apabila berlangsungnya Majlis Penyerahan Kontrak 10th Year Service Life Extension Programme (SLEP) di Pengkalan Gong Kedak, Terengganu.

Majlis berkenaan turut disaksikan sendiri Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin apabila melakukan lawatan kerja di lokasi tersebut.

image is not available

Jelas beliau, program SLEP bagi Pesawat Sukhoi ini telah dijalankan oleh syarikat tempatan, Aerospace Technology Systems Corporation (ATSC) dan bertujuan untuk memastikan pesawat TUDM berada dalam keadaan optimum sekaligus kedaulatan negara terus diperkukuh.

“ATSC telah menjalankan, antara lain, kerja-kerja “Service Life Extension” dan “Preventive Restoration Works/Overhaul”.

Kerja-kerja ini memastikan pengoperasian pesawat lebih lama dan dapat digunakan selama 10 tahun lagi. Ia turut menjimatkan perbelanjaan negara berbanding menghantarnya ke Rusia,” katanya.

image is not available

Ujar beliau lagi, kejayaan ini sekaligus menggambarkan keupayaan industri kita melibatkan pengoperasian pesawat.

Namun, syarikat tempatan perlu terus meningkatkan keupayaan tersebut dan mencari pendekataan terbaik agar dapat mengukuhkan lagi industri ini, termasuklah meningkatkan proses R&D dan meneroka peluang serta kerjasama baharu.

image is not available
Difahamkan, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ATSC dan UTHM dalam penyelidikan dan inovasi pertahanan turut berlangsung dalam program terbabit, disamping penyerahan sumbangan kebajikan kepada 9 penerima OKU warga PU Gong Kedak.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved