Khidmat pemain warisan ditamatkan

LocalFootball
2 Oct 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Khidmat pemain warisan ditamatkan

HASRAT untuk menyaksikan tujuh pemain warisan yang terpalit dengan isu pemalsuan dokumen untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya selepas berakhir tempoh penggantungan lebur.

​Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan bahawa kesemua pemain terbabit tidak lagi dibenarkan mewakili Harimau Malaya susulan ketetapan tegas daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

​”Tidak boleh. Pemain-pemain tersebut tak boleh mewakili negara. Pasal FIFA tak benarkan. FIFA tak benarkan,” katanya secara ringkas.

Sebagai rekod, FAM terpalit dengan isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan luar negara seperti Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal, dan Hector Hevel.

Susulan itu, badan induk bola sepak negara telah dikenakan hukuman berat oleh FIFA termasuk setiap perlawanan antarabangsa yang diharungi bersama tujuh pemain terbabit dibatalkan.

Malah, semua tujuh pemain itu telah digantung selama 12 bulan dengan tempoh penggantungan dijangka berakhir pada penghujung bulan ini selepas genap setahun isu itu didedahkan oleh FIFA.

Kelmarin, Ab Ghani yang baru dilantik menjadi Presiden FAM bulan lalu telah memohon maaf secara terbuka dan mahu berjumpa dengan Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan perkembangan mengenai status pasport tujuh pemain warisan terbabit.

“Perkara berkaitan kewarganegaraan dan pengeluaran pasport adalah di luar bidang kuasa FAM.

“Jadi, kami semua akan mendapatkan penjelasan dan kerjasama rapat dengan KDN bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik,” katanya.

Ketika ini, skuad Harimau Malaya masih menjalani saingan Piala ASEAN FIFA 2026 dan dijadual menentang China di tempat lawan pada kalendar antarabangsa, November depan.

The post Khidmat pemain warisan ditamatkan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved