Khuatir Mampu Ragut Nyawa, Penduduk ‘Seru’ Baiki Jalan Rosak Di Long Aton Miri

6 Oct 2022 • 2:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jalan raya rosak teruk di Long Aton Miri

Khuatir Mampu Ragut Nyawa, Penduduk ‘Seru’ Baiki Jalan Rosak Di Long Aton Miri. Baru-baru ini, Malaysia telah ‘berjaya’ mengungguli ranking ke 12 terbawah antara 59 negara yang memiliki jalan raya terburuk menerusi laporan kajian bertajuk ‘Worst and Best Roads-US and international Ranking’ dijalankan oleh firma pendidikan pemandu, Zutobi.

Namun adakah ‘kejayaan’ ini merupakan sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakan? Pastinya tidak. Jadi, sejauh manakah kesahihan kajian tersebut?

image is not available
Khuatir Mampu Ragut Nyawa, Penduduk ‘Seru’ Baiki Jalan Rosak Di Long Aton Miri. Sumber: FB Pyan Pong

Mari kita buktikan di sini. Kesahihan itu boleh dibuktikan menerusi satu posting yang dimuat naik oleh seorang individu bernama Pyan Pong baru-baru ini di akaun Facebook milik beliau.

Penduduk bimbang kerana jalan itu merupakan laluan utama

Menerusi hantaran tersebut, beliau meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan keadaan sebuah jalan di Jalan Long Aton, Miri yang dilihat ‘hancur’ teruk dan rosak dalam erti kata lain tidak boleh digunakan lagi.

https://www.facebook.com/pyan.pong/videos/1812125482465866
Jalan Long Aton, Miri. Sumber: FB Pyan Pong

Difahamkan, laluan itu menjadi laluan utama penduduk sekitar bagi menjalankan aktiviti harian memandangkan hanya jalan itu yang ada bagi menghubungkan mereka untuk ke sekolah, klinik dan ke pekan berdekatan.

image is not available
Sumber: FB Pyan Pong

Namun, keadaan jalan yang rosak dan berlubang membimbangkan beliau serta penduduk sekitar kerana sekiranya mereka terus menggunakan laluan itu dikhuatiri mampu membahayakan atau meragut nyawa pengguna jalan itu.

image is not available
Sumber: FB Pyan Pong

Penduduk mohon bantuan segera daripada pihak bertanggungjawab

Dalam hantaran tersebut juga beliau meminta pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka bagi membantu membaiki jalan tersebut dalam keadaan segera.

Dilihat, keadaan dan rupa jalan tersebut sangat-sangat teruk dan sewajarnya dibaiki bagi memudahkan urusan penduduk sekitar.

Oleh itu, diharapkan pihak yang bertanggungjawab mendengar serta peka terhadap keluhan daripada penduduk sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku disebabkan laluan yang uzur dan rosak itu.

Lagi kisah mengenai keadaan jalan: